Usahawan Q1 2024

Nama

Rusmiza Binti Mohd Sohor

Umur

45 Tahun

Tahun Menjadi Ahli

2010

Latar belakang

Puan Rusmiza merupakan suri rumah sepenuh masa, beliau mula terlibat dalam perniagaan atas talian sejak 2023 dengan menjual pelbagai produk kecantikan seperti makeup, penjagaan wajah dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas keusahawanan, Puan Rusmiza hanya mempromosikan jualan secara langsung kepada kawan-kawan terdekatnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas keusaawanan tiktok, beliau telah diajar cara mempromosikan produk dengan betul melalui pembikinan video pendek yang menarik dan juga menggunakan platform siaran langsung di tiktok.


 

Celik IT Q1 2024

Nama

Rohana Binti Mohamad Yusof

Umur

54 Tahun

Tahun Menjadi Ahli

2013

Latar belakang

Puan Rohana merupakan usahawan kecil dan sukarelawan JKM. Beliau sering berkunjung ke PEDi Felda Mayam untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi dan aktif menyertai program yang dilaksanakan di PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas ICT anjuran PEDi, Pn Rohana kurang mahir menggunakan komputer atau membuat dokumen kerja dalam Microsoft Office. Beliau hanya membuat dokumen kerja secara bertulis kerana tidak mahir menaip menggunakan papan kekunci.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa kali menyertai ICT anjuran PEDi, Pn Rohana semakin mahir membuat dokumen dalam komputer dan menghantar menggunakan gmail sahaja. Beliau juga semakin mahir menaip dan membuat dokumen lebih kemas dan teratur.


 

Celik IT Q1 2023

Nama

Zuraidah Binti Abu Sirun

Umur

43 Tahun

Alamat

Felda Mayam, 28200 Bera, Pahang

Tahun Menjadi Ahli

10 Disember 2013

 Latar belakang

Beliau merupakan seorang guru PASTi Jika ada kelapangan beliau akan datang ke PEDi Felda Mayam untuk menambah ilmu dengan mempelajari perkara seperti mencari bahan pengajaran, membuat laporan aktiviti PASTI dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas Ict, beliau tidak lancar menaip dan tidak tahu menggunakan perisian computer seperti Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Banyak perkara yang beliau telah mahir seperti menaip, menggunakan perisian Microsoft Office dan lain-lain. Selain itu, beliau juga mudah mencari bahan pengajaran PASTI dan memasukan data maklumat pelajar secara online.


 

 

Usahawan Q2 2023

Nama

Seri Farahain Binti Abdul Hamid

Umur

25 Tahun

Alamat

Felda Mayam

Tahun Menjadi Ahli

2023

Latar belakang

Seri Farahain Binti Abdul Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Seri merupakan seorang usahawan yang menjual produk makanan iaitu Sate dan Sambal Pecal Embah Wedok. Produk ini merupakan resipi asli daripada nenek cik seri yang merupakan warga Indonesia. Cik Seri membuat sambal pecal embah wedok dan memasarkannya sekitar Kawasan FELDA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Seri hanya menjual secara offline dan jualan hanya terhad dalam Kawasan felda mayam sahaja. Beliau tidak menggunakan platform atas talian yang mana pada masa kini semakin digunakan secara meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Seri telah mengikuti kelas keusahawanan shopee di Pedi Felda Mayam yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee. Cik Seri juga diajar cara untuk mengiklankan jualan di shopee dan whatsapp group.


 

 

 

Q1 Keusahawanan 2022

 Screenshot 20220418-083854 Shopee

 

Nama : Nis Shazana Binti Saidin

Umur : 20 Tahun

Ahli : 2018

Latar Belakang 

Beliau merupakan cucu peneroka Felda Mayam. Beliau mengusahakan perniagaan menjual Tepung Kek Extra Moist (cepat & mudah)

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum menyertai kelas keusahawanan, beliau tidak pandai berniaga secara atas talian. Beliau berniaga secara sambilan, menerima tempahan dari kawan-kawan dan jiran-jiran yang berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

  • Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Petugas PEDi Felda Mayam, pendapatan bersih beliau kini mencecah RM200 hingga RM 500 sebulan.
  • Beliau mempelajari teknik fotografi produk, suntingan imej bagi menghasilkan gambar yang menarik minat untuk membeli tepung di sekitar Bera dan seluruh Malaysia.
  • Antara platform promosi perniagaannya ialah melalui Laman Sosial seperti Shopee, Instagram, Facebook dan Whatssap.