Majlis ini di anjurkan oleh Belia Felda Mayam. Ia bertujuan untuk mengeratakan serta mewujudkan sikap toleransi penduduk sekitar, khususnya belia felda. Belia felda mengambil insentif mengadakan pertandingan seperti pertandingan gubahan, pertandingan badminton tertutup,pertandingan karom dan lain- lain lagi. Pusat Internet Satu Malaysia Felda Mayam juga tidak ketinggalan membuka "booth" dan menjalankan beberapa aktiviti. 

 

           logobeliaREKA BENTUK LOGO

Berbentuk bintang, dua orang manusia berwarna bendera negeri Pahang diatas 4 gegelung yang bersambung berwarna merah, putih, biru dan kuning melambangkan bendera Malaysia.

           MAKNA LOGO

Keseluruhan logo melambangkan kekuatan dan persahabatan diantara ahli-ahli persatuan.Lambang yang menyerupai dua orang manusia melambangkan kekuatan ahli dalam bidang sukan yang mengutamakan kesihatan dan keceriaan.Lambang bintang melambangkan kekuatan dan kejayaan persatuan belia yang dibawah naungan Felda.4 gegelung yang bersambung melambangkan ahli-ahli persatuan yang berwawasan dan keeratan persahabatan ahli.

WARNA
Hitam dan putih – warna dua orang manusia melambangkan bendera Negeri Pahang.
Biru, Merah dan Kuning – warna pada gegelung dan bintang melambangkan kekuatan ahli-ahli persatuan.
Oren – warna pada bintang melambangkan kekuatan dan kejayaan persatuan belia di bawah naungan Felda. 

MOTTO     : MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

MISI         : MEWUJUDKAN BELIA BERWAWASAN