PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) FELDA MAYAM

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Mayam yang dahulu dikenali sebagai Pusat Internet Felda Mayam ditubuhkan pada tahun 2007 dimana pada permulaan penubuhannya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Felda Mayam dan mula ditukar nama kepada Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) pada tahun 2013. Pusat Ekonomi Digital ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan 'Information and Communications Technology' (ICT) kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di PEDi seperti kemudahan kelas IT dan komputer secara percuma. Pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan internet dan perkhidmatan lain yang disediakan.

 

OBJEKTIF PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)

* Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

* Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

* Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.

* Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.

* Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan 

Daerah Bera

Daerah Bera terletak kira-kira 38 kilometer di hilir Bandar Temerloh. Ia merupakan daerah yang ke sebelas diiystiharkan dalam Negeri Pahang Darul Makmur pada 1 Februari 1992, dengan keluasan 2,214 kilometer persegi dan mengandungi dua mukim iaitu Mukim Triang dan Mukim Bera. Ia telah diwartakan pada 1 November 1991. Secara amnya, Daerah Bera merangkumi lima penempatan penduduk seperti Kampung Tradisional, Kampung Baru, Felda, Penempatan Orang Asli dan Penempatan Ladang Swasta.

Kependudukan

ANGGARAN PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN ETNIK

Kumpulan Etnik

Jumlah

Peratus (%)

Bumiputera

60,800

63.5

Cina

22,300

23.3

India

4,600

4.8

Lain-lain

8,000

8.4

Jumlah

95,700

100.0

 Trend Penempatan

TREND PENEMPATAN

i.

Penempatan Kampung-Kampung Tradisional

53 Buah (16 Buah JKKK) kebanyakannya di kiri dan kanan sepanjang Sg. Pahang

ii.

Penempatan Kampung-Kampung Baru

8 Buah (5 Buah daripadanya diwujudkan semasa darurat) kebanyakannya terletak di sepanjang laluan keretapi

iii.

Penempatan Rancangan Felda

26 Buah (6 JKKK, 8 JKKR dan 12 penempatan estet Felda Plantation)

iv.

Penempatan Orang Asli

17 Buah (kebanyakannya di kawasan Ramsar Tasek Bera)

 

Ahli Parlimen: Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob

Adun Kawasan: Dato’ Sabariah binti Hj Saidan

Pegawai Daerah: Dato' Zaman Azam Bin Mohamat Sarif @ Ahmat

Pengerusi JPKK (F) Mayam: Mazlan Bin Naprabi

*Sumber daripada Portal Majlis Daerah Bera dan Portal Pejabat Daerah & Tanah Bera*